Photobucket

Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari) "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

Demi Masa
Shoubra & Dimasyq
Waktu Solat

.

Bacaan Quran



Soal Jawab Agama
  • JAIS
  • DARUSSYIFA
  • MUFTI SELANGOR
  • MUFTI PERAK
  • DARUL NU'MAN
  • JAKIM
  • Radio Online
  • Radio Ikim
  • Radio Misg
  • Nur Islam
  • Nasional FM
  • Radio Muzik
  • Time Highway
  • RMKL
  • Radio Selangor
  • Terkini
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Jom Boikot

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Bulan

    CURRENT MOON

    Suhu

    Sheikh Sa'd Al-Ghamidi

    Sheikh Mashari Rashid

    Sheikh Sudais

    Sheikh Ibrahim Syuraim

    Masaharu Aizawa

    My Japanese name is Masaharu Aizawa.
    Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
    Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

    .:PeRiBaDi RaSuLuLLaH:.
    Monday, April 23, 2007
    Ya Allah izinkan aku mengungkapkan
    rinduku pada rasul-MU Ya Allah.....

    Ya rasul, aku rindu kepadamu....
    Aku rindu atas kerinduan dan
    ketaatanmu, yang selalu kau curahkan
    kpd sang Khaliq
    Ya rasul, ceritakan kepadaku tentang kehidupanmu
    Aku rindu keramahanmu yang saat ini
    makin sedikit kurasakan di dunia ini
    Aku rindu akan sifat bersahaja yang
    kau contohkan semasa hidupmu

    Ya rasul, aku rindu caya hidupmu.
    Aku selalu berpura-pura, karena hidup
    ini terlalu penuh dengan kepalsuan
    Ya rasul, apakah rinduku sekarang ini
    hanyalah kerinduan semu
    Ya Allah mohon ajari aku untuk selalu
    merindu dengan sebenar-benarnya rindu
    kepada-MU dan rasul-MU
    Ya Allah ajari aku untuk mengkekalkan
    rindu karena sering ketika iman
    kulengah aku jadi jauh dari-MU dan rasul-MU
    Ya rasul, ceritakan aku tentang
    rumahmu, menu makanmu, pakaianmu yang
    bersahaja

    Ya rasul, ceritakan kepadaku tentang
    sahabat-sahabat sejatimu
    Ya rasul, ceritakan kepadaku tentang
    pengorbanan dan perjuanganmu dalam
    menegakkan agama Allah.
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 5:44 PM   0 comments
    .:10 WaSiaT iMaM SYaFie:.
    SEBELUM Imam Syafie pulang kerahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
    "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

    PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

    KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

    KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

    KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

    KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyakberzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

    KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

    KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

    KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha'Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

    KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda,berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

    KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 5:36 PM   0 comments
    .:CaBaRaN HaMLaTuL QuRaN:.
    Seorang penghafal al-Quran (disebut Hamlatul Quran) biasanya akan membuat peta minda terhadap hafalannya. Maka tidak hairan sekiranya kita mendapati seorang penghafal al-Quran dapat menyebut dengan tepat ayat-ayat al-Quran berserta tempatnya di dalam al-Quran.

    Namun begitu, ayat-ayat al-Quran yang menjadi kalam suci Allah berkisar tentang perkara yang sama, tetapi disebutkan dalam beberapa ayat yang hampir-hampir sama. Menurut Dr. Shafie, pengasas sistem hafalan al-Huffaz; ‘terdapat lebih kurang 2000 ayat al-Quran yang membuatkan penghafal terkeliru kerana struktur ayatnya. Struktur ini boleh jadi sama (seratus peratus sama), mempunyai permulaan yang sama tetapi pengakhiran yang berbeza atau sebaliknya, dan susun atur ayat berturutan kelihatan sama tetapi berbeza.

    Berikut dinyatakan beberapa contoh bagi merungkai permasalahan yang dinyatakan di atas.

    Ayat yang sama.

    a. ayat 73 surah at-Taubah dan ayat 9 surah at-Tahrim

    b. ayat 134 dan 141 al-Baqarah

    c. ayat 13 surah ar-Rahmaan (diulang 31 kali dalam surah ar-Rahman)

    d. ayat 17 surah al-Qamar (diulang empat kali dalam surah al-Qamar)

    e. ayat 1 surah As-Shoff dan ayat 1 surah al-Hasyr.

    f. ayat 48 surah al-waaqi’ah dan ayat 17 ash-Shoffaat.

    Ayat yang strukturnya seakan-akan sama tetapi berbeza kalimah.

    2.1 sama di awal, berbeza hujung.

    a. ayat 40 dan 47 al-Baqarah
    b. ayat 29 dan 53 surah Yaasin.
    c. ayat 170 al-Baqarah dan 21 surah Luqman.
    d. ayat 160 surah al-baqarah dan 89 surah aali-‘Imran.
    e. ayat 16 surah al-Mujadalah dan ayat 2 surah Munaafiquun.
    f. ayat 48 dan 116 surah an-Nisaa.

    2.2 sama di hujung, berbeza di awal.

    a. ayat 8 al-Humazah dan ayat 20 al-Balad
    b. ayat 16 surah ash-Shoffaat dan ayat 47 al-Waaqi’ah.
    c. ayat 95 surah al-Baqarah dan 7 surah Jumu’ah.

    2.3 sama awal dan akhir, berbeza di tengah-tengah.

    a. ayat 48 dan 123 surah al-Baqarah.

    b. ayat 147 al-Baqarah dan 60 surah aali-‘Imraan.

    c. ayat 120 dan 145 surah al-Baqarah.


    Pernahkah anda mendengar cerita seorang makmum yang menegur imam, kerana imam membaca ayat yang berulang kali dalam surah al-Kaafiruun tanpa menemui ayat terakhirnya? Demikian juga perkara yang dihadapi oleh penghafal al-Quran untuk ayat-ayat lain. Kadang-kadang bacaan tersasar ke tempat yang lebih awal atau memasuki surah lain.


    Artikel ringkas ini diharap dapat dimanfaatkan oleh mana-mana pelajar dalam pengkhususan pengajian al-Quran untuk dibuat kajian lanjut. Tulisan kecil ini sebagai sebahagian penelitian terhadap ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca.
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 4:59 PM   0 comments
    .:SHeiKH AbDuL WaHHaB RoKaN:.
    BABUSSALAM, Langkat, Sumatera Timur adalah merupakan pusat penyebaran Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang terbesar di Sumatera sesudah aktiviti Syeikh Ismail bin Abdullah al- Minankabawi. Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Babussalam tersebut pada satu ketika sangat terkenal hingga ke Semenanjung Tanah Melayu terutama Johor dan Singapura. Namanya ketika kecil ``Abul Qasim'', digelar juga dengan ``Faqih Muhammad''. Nama lengkap Syeikh Abdul Wahhab bin `Abdul Manaf bin Muhammad Yasin bin Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai. Lahir 10 Rabiulakhir 1242 H/11 November 1826 M). Wafat di Babussalam, Langkat, pada hari Jumaat, 21 Jamadilawal 1345 H/26 Disember 1926 M. Moyangnya Maulana Tuanku Haji Abdullah Tembusai adalah seorang ulama besar dan golongan raja-raja yang sangat berpengaruh pada zamannya.

    PENDIDIKAN

    Selain pendidikan dari lingkungan keluarga sendiri Abdul Wahhab belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul Halim di Tembusai. Dalam 1846 M - 1848 M Abdul Wahhab merantau ke Semenanjung, pernah tinggal di Johor dan Melaka. Dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu digunakannya kesempatan mengajar dan belajar. Di antara gurunya ketika berada di Malaya (Malaysia Barat) ialah Tuan Guru Syeikh Muhammad Yusuf seorang ulama yang berasal dari Minangkabau. Masih dalam tahun 1848 itu juga Abdul Wahhab meneruskan pengembaraannya menuju ke Mekah dan belajar di sana hingga tahun 1854 M. Di antara gurunya sewaktu di Mekah ialah Syeikh Muhammad Yunus bin Syeikh Abdur Rahman Batu Bara, Asahan, dan lain-lain. Pelajaran tasawuf khusus mengenai Thariqat Naqsyabandiyah Abdul Wahhab dididik oleh seorang ulama besar yang cukup terkenal, beliau ialah Syeikh Sulaiman Zuhdi di Jabal Abi Qubis, Mekah.

    PULANG DAN AKTIVITI

    Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan pulang ke tanah air dalam tahun 1854 M dan dalam tahun itu juga mengajar di Tanjung Mesjid, daerah Kubu Bagan Siapi-api, Riau. Dalam tahun 1856 M beliau juga mengajar di Sungai Mesjid, daerah Dumai, Riau. Selanjutnya mengajar di Kualuh, wilayah Labuhan Batu tahun 1860 M. Mengajar di Tanjung Pura, Langkat tahun 1865 M. Mengajar di Gebang tahun 1882 M, dan dalam tahun itu juga berpindah ke Babussalam, Padang Tualang, Langkat. Di Babussalamlah dijadikan sebagai pusat seluruh aktiviti, sebagai pusat tarbiyah zhahiriyah, tarbiyah ruhaniyah dan dakwah membina umat semata-mata mengabdi kepada Allah s.w.t.
    Sungguh pun demikian Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan tidak mengabaikan perjuangan duniawi kerana beliau bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin, Sultan Kerajaan Rokan dan Haji Abdul Muthallib, Mufti Kerajaan Rokan pernah mengasaskan ``Persatuan Rokan''. ``Persatuan Rokan'' bertujuan secara umumnya adalah untuk kemaslahatan dan kebajikan Rokan. Walau bagaimana pun tujuan utamanya adalah perjuangan kemerdekaan untuk melepaskan Kerajaan Rokan dari penjajahan Belanda. Pembahagian kerja ``Persatuan Rokan'' ialah Sultan Zainal Abidin sebagai pelaksana segala urusan luar negeri. Haji Abdul Muthallib menjalankan pekerjaan-pekerjaan dalam negeri dan Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab sebagai menerapkan pendidikan memberi semangat pada masyarakat.

    PERKAMPUNGAN BABUSSALAM

    Dalam tarikh 12 Syawal 1300 H/12 Ogos 1883 M Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan bersama 160 orang pengikutnya dengan menggunakan 13 buah perahu memudiki Sungai Serangan menuju perkampungan peribadatan dengan undang-undang atau peraturannya tersendiri yang dinamakan Babussalam. Pendidikan mengenai keislaman diterapkan setiap hari dan malam, sembahyang berjemaah tidak sekali-kali diabaikan. Tilawah al-Quran, selawat, zikir, terutama zikir menurut kaedah Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah dan lain-lain sejenisnya semuanya dikerjakan dengan teratur di bawah bimbingan ``Syeikh Mursyid'' dan ``khalifah-khalifah''nya. ``Syeikh Mursyid'' adalah Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan sendiri. ``Khalifah'' ada beberapa orang, pada satu ketika di antara ``khalifah'' terdapat salah seorang yang berasal dari Kelantan. Beliau ialah khalifah Haji Abdul Hamid, yang masih ada kaitan kekeluargaan dengan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani.
    Pada tahun 1342 H/1923 M Asisten Residen Belanda bersama Sultan Langkat menyematkan ``Bintang Emas'' untuk Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan. Wakil pemerintah Belanda menyampaikan pidatonya pada upacara penyematan bintang itu, ``Adalah Tuan Syeikh seorang yang banyak jasa mengajar agama Islam dan mempunyai murid yang banyak di Sumatera dan Semenanjung dan lainnya, dari itu kerajaan Belanda menghadiahkan sebuah ``Bintang Emas'' kepada Tuan Syeikh. Seorang sufi sebagai Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan penyematan bintang seperti itu bukanlah merupakan kebanggaan baginya, mungkin sebaliknya bahawa bisa saja ada maksud-maksud tertentu daripada pihak penjajah Belanda untuk memperalatkan beliau untuk kepentingan kaum penjajah yang sangat licik itu. Oleh itu, dengan tegas Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan berkata ketika itu juga, ``Jika saya dipandang seorang yang banyak jasa, maka sampaikanlah pesan (amanah) saya kepada Raja Belanda supaya ia masuk Islam.''

    KARYA

    Tidak banyak diketahui hasil penulisan Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan. Setakat ini yang dapat dikesan ialah:

    Munajat, merupakan kumpulan puji-pujian dan pelbagai doa.
    Syair Burung Garuda, merupakan pendidikan dan bimbingan remaja .
    Wasiat, merupakan pelajaran adab murid terhadap guru, akhlak, dan 41 jenis wasiat.

    Petikan 41 wasiat yang dimaksudkan beliau antaranya;

    Wasiat yang pertama, ``Hendaklah kamu sekalian masyghul dengan menuntut ilmu Quran dan kitab kepada guru-guru yang mursyid. Dan hinakan diri kamu kepada guru kamu dan perbuat apa-apa yang disuruhnya. Jangan bertangguh. Dan banyak-banyak bersedekah kepadanya. Dan seolah-olah diri kamu itu hambanya. Dan jika sudah dapat ilmu itu maka hendaklah kamu ajarkan kepada anak cucu, kemudian kepada orang lain. Dan kasih sayang kamu akan muridmu seperti kasih sayang akan cucu kamu. Dan jangan kamu minta upah dan makan gaji sebab mengajar itu, tetapi minta upah dan gaji itu kepada Tuhan Esa lagi Kaya Murah, iaitu Allah Ta'ala.''

    Wasiat yang kedua, ``Apabila kamu sudah baligh hendaklah menerima Thariqat Syaziliyah atau Thariqat Naqsyabandiyah supaya sejalan kamu dengan aku. ``Wasiat yang kedua ini jelas bahawa Tuan Guru Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat menekankan amalan tarekat. Mengenai ini juga ada hujah-hujah yang kuat di kalangan penganut-penganut sufi, walau pun ada golongan yang tidak sependapat dengan yang demikian itu. Pada pandangan saya mempertikaikannya adalah merupakan pekerjaan yang sia-sia, kerana bermujadalah adalah termasuk salah satu sifat mazmumah (dicela) oleh syarak Islam.

    Wasiat yang ketiga, ``Jangan kamu berniaga - maksudnya jika terdapat penipuan atau pun riba. Jika hendak mencari nafkah hendaklah dengan tulang empat kerat seperti berhuma dan berladang dan menjadi amil (orang yang bekerja, pen:). Dan di dalam mencari nafkah itu hendaklah bersedekah tiap-tiap hari supaya segera dapat nafkah. Dan jika dapat ringgit sepuluh, maka hendaklah sedekahkan satu dan taruh sembilan. Dan jika dapat dua puluh, sedekahkan dua. Dan jika dapat seratus, sedekahkan sepuluh dan taruh sembilan puluh. Dan apabila cukup nafkah kira-kira setahun maka hendaklah berhenti mencari itu dan duduk beramal ibadat hingga tinggal nafkah kira-kira empat puluh hari maka boleh mencari.''

    Wasiat yang keempat, ``Maka hendaklah kamu berbanyak-banyak sedekah sebilang hari istimewa pada malam Jumaat dan harinya. Dan sekurang-kurang sedekah itu empat puluh duit pada tiap-tiap hari. Dan lagi hendaklah bersedekah ke Mekah pada tiap-tiap tahun.''

    Wasiat yang kelima, ``Jangan kamu bersahabat dengan orang yang jahil dan orang fasik. Dan jangan bersahabat dengan orang kaya yang bakhil. Tetapi bersahabatlah kamu dengan orang alim-alim dan ulama-ulama dan salih-salih.''

    Wasiat yang keenam, ``Jangan kamu hendak kemegahan dunia dan kebesarannya seperti hendak menjadi kadi, imam dan lain-lainnya istimewa pula hendak jadi penghulu-penghulu dan lagi jangan hendak menuntut harta benda banyak-banyak. Dan jangan dibanyakkan memakai pakaian yang halus.''

    Wasiat yang ketujuh, ``Jangan kamu menuntut ilmu sihir seperti kuat, dan kebal dan pemanis serta lainnya kerana sekalian ilmu telah ada di dalam al-Quran dan kitab.''

    Wasiat yang kelapan, ``Hendaklah kamu kuat menghinakan diri kepada orang Islam, dan jangan dengki khianat kepada mereka itu. Dan jangan diambil harta mereka itu melainkan dengan izin syarak.''

    Demikianlah 8 wasiat yang dipetik dari 41 wasiat Syeikh Abdul Wahhab Rokan, semuanya masih perlu perbahasan atau pentafsiran yang panjang. Kerana jika tidak ditafsirkan kemungkinan orang-orang yang berada di luar lingkungan sufi akan beranggapan bahawa wasiat beliau itu sebagai penghalang terhadap kemajuan dunia moden. Sebelum anda sempat mengikuti pentafsirannya, saya berpendapat bahawa jalan menuju takwa kepada Allah sekali-kali adalah tidak menghalang kemajuan dunia moden jika kemajuan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.

    MURID

    Murid Syeikh Abdul Wahhab Rokan sangat ramai: Di antara muridnya yang dianggap mursyid dan khalifah dan yang sangat giat menyebarkan Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Batu Pahat, Johor ialah Syeikh Umar bin Haji Muhammad al-Khalidi. Muridnya yang lain ialah Syeikh Muhammad Nur Sumatera. Murid Syeikh Muhammad Nur Sumatera ialah Haji Yahya Laksamana al-Khalidi an-Naqsyabandi, Rambah, Sumatera. Beliau ini adalah penyusun buku berjudul Risalah Thariqat Naqsyabandiyah Jalan Ma'rifah, cetakan pertama tahun 1976 di Malaysia, diterbitkan oleh pengarangnya sendiri.
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 3:58 PM   0 comments
    .:KaEDaH MeNGHaFaZ aL-QuRaN:.
    Monday, April 2, 2007
    * "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)

    * "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

    * "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

    * "Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

    * "Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)

    * "Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)

    * "Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

    1. Ikhlaskan niat.

    Sebelum kita menghafal Al Quran pastikan dahulu niat kita ikhlas semata-mata kerana Allah swt. dan mencari keredhaanNya di samping itu tiada tujuan untuk mencari kesenangan hidup di dunia fana ini
    2. Bersabar.
    3. Mulakan bacaan dengan Bismillah.
    4. Banyak berdoa kepada Allah swt.
    5. Bersih dari hadas kecil dan besar.
    6. Sebaiknya menghadap kiblat.
    7. Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
    8. Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
    9. Memberikan tumpuan sepenuhnya. Tumpukan pengajian untuk hafalan al-Quran sahaja
    10. Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap atau ketika letih
    11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
    12. Menghormati Al-Qur'an.
    13. Menghormati ibu bapa, guru dan perguruan. Taat kepada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar kita supaya diperolehi berkat dan memudahkan lagi kita menghafal Al Quran
    14. Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas
    15. Jangan merokok
    16. Jangan banyak ketawa atau berbual kosong
    17. Jangan berkelakuan kurang senonoh
    18. Hendaklah kita jauhi segala maksiat zahir dan batin dan memelihara perut kita daripada makanan yang syubhat (haram) kerana Al Quran adalah nur dan jangan dicampur dengan zulumat

    Sebelum menghafal

    1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
    2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
    3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
    4. Berada dalam keadaan tenang.
    5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
    6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
    7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
    8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.


    Teknik Menghafal


    A. Teknik "Chunking"

    1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
    2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
    3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
    4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.

    5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.


    B. Teknik Mengulang

    1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
    2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
    3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang
    beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
    4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali
    sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
    5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

    C. Teknik Tumpu dan Ingat

    1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
    2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
    3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
    4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

    D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

    1. Pilih seorang teman yang sama minat.
    2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
    3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
    4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

    E. Teknik Mendengar Kaset

    1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
    2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
    3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
    4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
    5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

    F. Teknik Merakamkan Suara

    1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
    2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

    G. Teknik Menulis

    1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
    2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
    3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

    H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

    1. Buat beberapa kotak.
    2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
    3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
    4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

    I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

    1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
    2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
    3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

    J. Teknik "Mindmaping"

    1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
    2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
    3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

    Mengekalkan Hafalan

    1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
    2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
    3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
    4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
    5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
    6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
    7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
    8. Menulis setiap ayat yang mutashabih

    (MENGUATKAN HAFALAN)

    Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal Al-Quran, agar mengerjakan solat sunat Taqwiyatul Hifzi.

    Kaedahnya:

    1. Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyat akhir.
    2. Mengerjakannya pada malam Jumaat, sebaik-baiknya selepas tidur.
    3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.
    4. Membaca pada rakaat pertama Surah Yaasin.
    5. Membaca pada rakaat kedua Surah Ad-Dukhan
    6. Membaca pada rakaat ketiga Surah As-Sajadah.
    7. Membaca pada rakaat keempat Surah Muluk.
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 5:33 PM   0 comments
    .:10 WaSiaT As-SyaHiD HaSan Al-BaNNa:.
    tengok dengan mata , lihat dengan hati , renung dengan akal....

    1. segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan walau bagaimanapun keadaan saudara .

    2. bacalah al-quran , buatlah kajian , dengarlah ilmu atau berzikirlah jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak berfaedah ..

    3.berusaha mempelajari bahasa arab fusha (persuratan ) kerana ia merupakan salah satu syair arab ..

    4. jangan saudara banyakkan berbahas dalam semua urusan walau bagaimanapun keadaannya kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan..

    5. jangan banyak ketawa kerana orang yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius..

    6. jangan saudara banyak bergurau kerana umat yang berjihad hanya mengenal keseriusan..

    7. jangan angkat suaramu lebih tinggi dari apa yang diperlukan oleh pendengar kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan ..

    8. saudara jangan mengumpat orang , merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan ..

    9. berkenalanlah dengan orang orang yang saudara temui kerana asas dakwah itu adalah berkenalan dan berkasih sayang ...

    10. kewajipan saudara lebih banyak dari yang ada. oleh itu tolonglah supaya memanfaatkan waktu ....

    ...adakah anda kenal dengan ASY-SYAHID IMAM HASAN ALBANA? beliau adalah seorang tokoh yang mebawa perubahan kepada umat islam dan beliau juga mati di dalam keadaan syahid ..dan beliau juga berani berdakwah di dalam disko yang pada mulanya adalah tempat disko tetapi setelah di masuki oleh beliau akhirnya bertukar menjadi tempat beribadah ..betapa besar perubahan yang di bawa olehnya ..oleh itu sama-sama lah kita hargai hasil dari wasiat yang beliau tinggalkan ...

    orang ingin berubah tidak meletakkan alasan di hadapan tetapi orang yang disebaliknya akan mengemukakan berbagai alasan untuk tidak melakukan apa yang di suruh oleh seseorang ...
    beruntunglah seseorang itu sekiranya ade saudaranya yang lain yang sudi meberi nasihat pada saudaranya yang lain untuk melakukan kebaikan ..serulah kepada kebaikan dan tinggalkan kepada kejahatan ..

    cuba sedaya upaya untuk berubah ..kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dirinya sendiri

    mutiara kata - "jangan takut menghadapi 'penderitaan' sebab semakin dekat mendapat kejayaan semakin banyak penderitaan yang harus dialami ...

    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 5:06 PM   0 comments
    .:KiSaH BeNaR Utk DiJaDiKaN IkTiBaR:.

    Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang doktor neurologi.

    Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

    Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh salur darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

    Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.

    Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

    Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

    Kesimpulannya:

    Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit. Dan sesungguhnya ALLAH SWT telah berfirman dalam al Quran .. kunfayakun....kalau Allah kehendaki maka jadilah dia.."
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 4:57 PM   0 comments
    .:SaLaM MaULiDurRaSuL:.
    Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31). Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) . Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 4:49 PM   0 comments
    + My Heart + Image hosted by Photobucket.com
    Biodata

    Name: SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN
    Malaysia
    Alamat: 20 EL FARMAWY STREET, 11231 DAURAN SHOUBRA, CAIRO, EGYPT. JAMI' QODAM KABIR,DAMASCUS SYRIA e_zal1610@yahoo.com

    Artikel
    Arkib
    Ruangan Blog
    Laman Pilihan
  • DPM Shoubra
  • Harakah
  • PMRAM
  • Tranungkite
  • j-QAF SK Semenyih
  • Berita Harian
  • Utusan
  • Harian Metro
  • Tukaran Wang Asing
  • Nasyeed.com
  • Ukhwah.com
  • Live Goalz
  • Fantasy EPL
  • WebTV PAS
  • Scumz network
  • Online tv radio streaming
  • Nasyid.com
  • Raihan
  • inteam
  • Mirwana
  • Brothers
  • Far-east
  • Rabbani
  • Firdaus
  • Durrani
  • Nowseeheart
  • Saffone
  • Nurirsyad
  • Sahabat Hijjaz
  • Lirik Nasyid
  • Download Nasyid
  • Grapes Nasyid
  • Blog Sahabat
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Links










    Tukaran Matawang


    Unit

    Daripada

    Kepada



    Zikrullah
    Lirik Pilihan

    LAFAZ YANG TERSIMPAN

    Luluh hatiku yang sayu

    Menatap wajahmu tenang dalam lena

    Kasih zahirkan laku

    Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

    Dan raut tuamu membekas jiwaku

    Meredakan rindu mendamaikan kalbu

    Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

    Biarpun kuredah seluruh dunia

    Mencari gantimu

    Betapa sukarnya menyusun bicara

    Meluahkan rasa menuturkan sayang

    Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah

    Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

    Masih kubiarkan waktu

    Melarikan lafaz kasihku padamu

    Mengapakah sukar menyusun bicara

    Meluahkan rasa menuturkan sayang

    Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah

    Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

    Apakah yang hilang andai dilisankan

    Bait penghargaan penuh kejujuran

    Tak mungkin terlihat cinta yang merona

    Jika hanya renungan mata yang bersuara

    Bukan tutur kata

    Tiada lagi ertinya pengucapan

    Andai akhir nafas di hujung helaan

    Sebelum mata rapat terpejam

    Usah biar kehilangan

    Menggantikan lafaz yang tersimpan

    Salam Ukhwah

    Ukhwah.com :: Top Blog

    Usia My Blog

    My Blogspot Masuk Hari Ke


    Anda Pengunjung Ke
    Free Hit Counters
    © .: faizal.com :. .Template by faizal