tengok dengan mata , lihat dengan hati , renung dengan akal....
1. segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan walau bagaimanapun keadaan saudara .
2. bacalah al-quran , buatlah kajian , dengarlah ilmu atau berzikirlah jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak berfaedah ..
3.berusaha mempelajari bahasa arab fusha (persuratan ) kerana ia merupakan salah satu syair arab ..
4. jangan saudara banyakkan berbahas dalam semua urusan walau bagaimanapun keadaannya kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan..
5. jangan banyak ketawa kerana orang yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius..
6. jangan saudara banyak bergurau kerana umat yang berjihad hanya mengenal keseriusan..
7. jangan angkat suaramu lebih tinggi dari apa yang diperlukan oleh pendengar kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan ..
8. saudara jangan mengumpat orang , merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan ..
9. berkenalanlah dengan orang orang yang saudara temui kerana asas dakwah itu adalah berkenalan dan berkasih sayang ...
10. kewajipan saudara lebih banyak dari yang ada. oleh itu tolonglah supaya memanfaatkan waktu ....
...adakah anda kenal dengan ASY-SYAHID IMAM HASAN ALBANA? beliau adalah seorang tokoh yang mebawa perubahan kepada umat islam dan beliau juga mati di dalam keadaan syahid ..dan beliau juga berani berdakwah di dalam disko yang pada mulanya adalah tempat disko tetapi setelah di masuki oleh beliau akhirnya bertukar menjadi tempat beribadah ..betapa besar perubahan yang di bawa olehnya ..oleh itu sama-sama lah kita hargai hasil dari wasiat yang beliau tinggalkan ...
orang ingin berubah tidak meletakkan alasan di hadapan tetapi orang yang disebaliknya akan mengemukakan berbagai alasan untuk tidak melakukan apa yang di suruh oleh seseorang ... beruntunglah seseorang itu sekiranya ade saudaranya yang lain yang sudi meberi nasihat pada saudaranya yang lain untuk melakukan kebaikan ..serulah kepada kebaikan dan tinggalkan kepada kejahatan ..
cuba sedaya upaya untuk berubah ..kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dirinya sendiri
mutiara kata - "jangan takut menghadapi 'penderitaan' sebab semakin dekat mendapat kejayaan semakin banyak penderitaan yang harus dialami ...
|