Photobucket

Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari) "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

Demi Masa
Shoubra & Dimasyq
Waktu Solat

.

Bacaan Quran



Soal Jawab Agama
  • JAIS
  • DARUSSYIFA
  • MUFTI SELANGOR
  • MUFTI PERAK
  • DARUL NU'MAN
  • JAKIM
  • Radio Online
  • Radio Ikim
  • Radio Misg
  • Nur Islam
  • Nasional FM
  • Radio Muzik
  • Time Highway
  • RMKL
  • Radio Selangor
  • Terkini
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Jom Boikot

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Bulan

    CURRENT MOON

    Suhu

    Sheikh Sa'd Al-Ghamidi

    Sheikh Mashari Rashid

    Sheikh Sudais

    Sheikh Ibrahim Syuraim

    Masaharu Aizawa

    My Japanese name is Masaharu Aizawa.
    Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
    Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

    .:PeTua MEnCUCi HaTi:.
    Sunday, March 25, 2007
    Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji FadzilahKamsah.

    ~Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

    ~Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur -Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

    ~Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

    ~Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"sebanyak 3X.

    ~Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

    ~Bisikan kepada diri perkara yangpositif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

    ~Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

    ~Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

    ~Cuba ingat tentang mati (Sekiranyahendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

    ~Kekalkan wuduk.

    ~Bersedekah.

    ~Belanja orang makan.

    ~Jaga makanan - jangan makan makananyang subhat.

    ~Berkawan dengan ulama.

    ~Berkawan dengan orang miskin(menginsafi).

    ~Pesan pada orang, jadi baik.

    ~Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orangmengumpat.


    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 3:56 PM   0 comments
    .:HaKiKaT BaHaGIa:.
    bAhAgIa ItU dArI dALaM dIrI...
    bAhAgIa ItU AdA dI jIwA...
    bAhAgIa ItU AdALaH sAtU kEtEnAnGaN...
    bILa sUsAh tIAdA GeLiSaH...
    bILa mIskIn syUkUr pAdA TuHAn...
    bILa sAkIt tIAdA rEsAh dI jIwA...
    kEbAhAgIAn ItU sAtU kEsyUkUrAn...
    bILA kAyA jAdI InsAn pEmUrAh...
    bILA bErpEsAn AmAnAh...
    bILA bErjAyA tIdAk ALpA...
    bILA sIhAt tIdAk LUpAkAn TuhAn...
    hAkIkAtnyA bAhAgIa Itu...
    Ada mAksUd tErsELIt ILahI...
    fIkIrLah YanG hAkIkI...
    bUkAnkAh TUhAn tELaH bErfIrmAn...
    IngAt-MenGInGAtI TUhAn...
    MOgA jIwA AkAn mEnjAdI tEnAng...
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 3:49 PM   0 comments
    .:HiKMaH AnGka DaLaM IsLaM:.
    ANGKA 1:
    Istiqamah itu satu jalan . awalnya kemulian, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.

    ANGKA 2:
    Dua titisan yang sangat bernilai dihari akhirat . dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
    1)Air mata orang yang menangis{bertaubat kepada Allah}terutama dimalam hari.
    2)Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.

    ANGKA 3:
    Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
    1)Bau-bauan yang harum{wangi}
    2)Isteri yang solehah
    3)Cahaya mataku di dalam sembahyang.

    ANGKA 4:
    Berkata Syaidina Ali karamullahuwajhah: Barangsiapa yang diberikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat:
    1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang diharamkan olehAllah.
    2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
    3)Malu yang menegahnya dari kejahilan org2 jahil.
    4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.

    ANGKA 5:
    Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
    1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
    2)Kosong perut.
    3)Melakukan qiamullail.
    4)Memohon ampun di waktu sahur.
    5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}

    ANGKA 6:
    Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
    1)Bertaqwa kepada Allah di mana sahaja.
    2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
    3)Selalu berzikir dan berwirid.
    4)Memperbaharui taubat.
    5)Memperbanyakkan istighfar
    6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah disamping asasnya ilmu yang bermanafaat.

    ANGKA 7:
    Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
    1)Qasim 2)Abdullah 3)Ibrahim 4)Zainab 5)Ruqaiyah 6)Fatimah 7)Umi kalsum

    ANGKA 8:
    Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
    1)Air mata
    2)Merajuk dan suka bermanja -manja
    3)Berhias diri dan bergaya
    4)Berpura -pura sakit
    5)Senyuman
    6)Penipuan
    7)kata-kata yang manis
    8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.

    ANGKA 9:
    Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
    1)Sombong atau ego
    2)Ujub dan riak
    3)Hasad dengki
    4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
    5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
    6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat, dan wang ringgit
    7)Pemarah
    8)Ingin d hormati {gila puji}
    9)Kalau mampu akan hidup bermewah-mewah.

    ANGKA 10:
    Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar degan tubuh yang asal dari kubur:
    1)Para nabi dan rasul
    2)Para ahli jihad{mujahid}
    3)Para ahli ulama
    4)Para syuhada
    5)Huffazul quran
    6)Imam atau pemimpin yang adil
    7)Muazzin
    Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
    9)Orang yang mati dibunuh atau dianiaya
    10)Orang yang mati pada siang atau dimalam jumaat....
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 3:29 PM   0 comments
    .:BeZa Rm50 dENgaN Rm1:.

    Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
    "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"

    Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

    Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah..
    Balik-balik tempat sama.. surau,masjid, surau... ".
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 3:23 PM   0 comments
    .:ReNuNGi SeJeNaK:.

    "Pertamanya marilah kita merenung sejenak tragedi yang berlaku disekeliling kita pada hari ini yang banyak memberikan keinsafan dan kesedaran jika kita ada secebis keimanan & keyakinan kepada AllahS.W.T. Keimanan ini walaupun sebesar biji sawi ia mampu menggerakkan hati yang mati untuk hidup kembali melihat kebesaran Allah yang Maha Agong berdepan dengan kita sebagai makhluknya yang terlalu kerdil.

    Banjir di Johor! Ini adalah unggapan yang senantiasa bermain di bibir rakyat Malaysia khasnya rakyat Johor. Beberapa persoalan timbul mengenai fenomena bencana alam yang berlaku ini. Persoalan yang sering kali ditimbulkan ialah mengapa banjir boleh berlaku di Negeri Johor yang banyak parit & saliran ? Mengapa air yang turun masih tidak lagi surut ? Mengapa hari tak hujan dalam suasana panas terik tapi tiba-tiba boleh banjir? Kenapa bila air pasang besar, kawasan boleh jadi banjir, tapi bila dah surut , ada kawasan yang surut namun kawasan yang terkena banjir, air semakin naik? Hai pelik betul ! Tapi inilah perkara yang berlaku di NegeriJohor!

    SOALNYA KENAPA & MENGAPA?

    Bagi menjawab persoalan ini, kita boleh merujuk kepada sejarah dunia yang pernah diberitahu oleh Allah dalam Al-Quran. Mudah-mudahan Allah akan meluaskan rezeki kepada yang membaca tazkirah & risalah ini dan semuga Allah akan memudahkan segala urusan kita. Marilah kita bersama lapangkan dada kita & membuka fikiran kita untuk sama-sama kita memahami kisah yang telah Allah kisahkan kepada kita dalam Al-Quran.

    KISAH DI DALAM AL-QURAN

    Allah S.W telah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 6:
    Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umatyang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telahKami teguhkan kedudukan mereka di mukabumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu,dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

    Di dalam ayat di atas Allah mengarahkan kita agar melihat kepada kaum yang telah Allah musnahkan. Sebenarnya kalau kita melihat dalam Al-Quran banyak kaum telah dimusnahkan antaranya ialah kaum Nabi Nuh yang Allah musnahkan dengan banjir yang besar!. Mengapa Allah menurunkan bala kepada kaum tersebut ?

    Allah binasakan mereka kerana mereka ingkar terhadap arahan Allah & NabiNuh...Firman Allah dalam Surah Hudayat 32 :

    Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jikabetul engkau dari orang-orang yangbenar".

    Lalu dijawab oleh Nabi Nuh di dalamSurah Hud ayat 33 :
    Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!

    Kemudian Nabi Nuh menyambung lagi: Surah Hud ayat 34:
    Dan tidak ada gunanya nasihatku kepadakamu, jika aku hendak menasihati kamu,kalau Allah hendak menyesatkan kamu(kerana kamu tetap berdegil); Dia lahTuhan kamu dan kepadaNya kamu akankembali".
    Allah mengarahkan kepada Nabi Nuh untuk menghadapi banjir yang besar itu dengan firmanNya surah hud 37 :

    Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya);dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu,kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".

    Lalu Allah menerangkan kepada kita bagaimana Allah menurunkan azabnya. surah hud ayat 40 :
    (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya(disebabkan kekufurannya) , juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

    Dalam ayat di atas Allah menyatakan ada air yang keluar dari mukabumi....Mungkinkan tragedi banjir yangberlaku dalam negeri kita ini datangdari punca yang sama??? Sebab hujan tak turun tapi kenapa tiba-tiba boleh banjir?? Air datang dari mana ?? Kalau datang dari empangan kenapa air tidak meresap masuk ke bumi? Kenapa Air lambat surut? Air pasang besar dah surut tapi kenapa kawasan banjir masih tetap naik?

    Lalu Allah menceritakan bagaimana airboleh surut setelah banjir tersebut menggelamkan kaum Nabi Nuh dengan firmannya surah Hud ayat 44 :

    Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketikaitu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itu pun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa):
    "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".

    Ayat di atas menunjukkan bagaimana Allah membinasakan kaum yeng terdahulu dengan sebab dosa-dosa mereka. Oleh yang demikian Allah jualah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Marilah kita kembali kepada Allah dengan melakukan segala perkara yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang. Semuga Allah menyelamatkan kita daripada bencana yang menimpa kita. Jangan sekali-kali kita ingkar arahan Allah S.W.T.
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 3:08 PM   0 comments
    + My Heart + Image hosted by Photobucket.com
    Biodata

    Name: SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN
    Malaysia
    Alamat: 20 EL FARMAWY STREET, 11231 DAURAN SHOUBRA, CAIRO, EGYPT. JAMI' QODAM KABIR,DAMASCUS SYRIA e_zal1610@yahoo.com

    Artikel
    Arkib
    Ruangan Blog
    Laman Pilihan
  • DPM Shoubra
  • Harakah
  • PMRAM
  • Tranungkite
  • j-QAF SK Semenyih
  • Berita Harian
  • Utusan
  • Harian Metro
  • Tukaran Wang Asing
  • Nasyeed.com
  • Ukhwah.com
  • Live Goalz
  • Fantasy EPL
  • WebTV PAS
  • Scumz network
  • Online tv radio streaming
  • Nasyid.com
  • Raihan
  • inteam
  • Mirwana
  • Brothers
  • Far-east
  • Rabbani
  • Firdaus
  • Durrani
  • Nowseeheart
  • Saffone
  • Nurirsyad
  • Sahabat Hijjaz
  • Lirik Nasyid
  • Download Nasyid
  • Grapes Nasyid
  • Blog Sahabat
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Links










    Tukaran Matawang


    Unit

    Daripada

    Kepada



    Zikrullah
    Lirik Pilihan

    LAFAZ YANG TERSIMPAN

    Luluh hatiku yang sayu

    Menatap wajahmu tenang dalam lena

    Kasih zahirkan laku

    Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

    Dan raut tuamu membekas jiwaku

    Meredakan rindu mendamaikan kalbu

    Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

    Biarpun kuredah seluruh dunia

    Mencari gantimu

    Betapa sukarnya menyusun bicara

    Meluahkan rasa menuturkan sayang

    Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah

    Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

    Masih kubiarkan waktu

    Melarikan lafaz kasihku padamu

    Mengapakah sukar menyusun bicara

    Meluahkan rasa menuturkan sayang

    Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah

    Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

    Apakah yang hilang andai dilisankan

    Bait penghargaan penuh kejujuran

    Tak mungkin terlihat cinta yang merona

    Jika hanya renungan mata yang bersuara

    Bukan tutur kata

    Tiada lagi ertinya pengucapan

    Andai akhir nafas di hujung helaan

    Sebelum mata rapat terpejam

    Usah biar kehilangan

    Menggantikan lafaz yang tersimpan

    Salam Ukhwah

    Ukhwah.com :: Top Blog

    Usia My Blog

    My Blogspot Masuk Hari Ke


    Anda Pengunjung Ke
    Free Hit Counters
    © .: faizal.com :. .Template by faizal