Hati perlu digilap selalu untuk terus bersinar. Andaikata tugas ini kita abaikan, hati akan mati. Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara boleh mematikan hati.
1) MENGETAHUI HAK ALLAH TETAPI TIDAKMENEGAKKAN HAK ITU Sebagai contoh kita tahu kita ini hamba Allah. Semua orang Islam tahu kita ini hamba Allah dan sebagai hamba Allah kita ada taklif atau pun kewajipan. Tetapi kewajipan tidak kita tegakkan. Kita hanya berkata saya hamba Allah tetapi berlagak seperti tuan.
2) MEMBACA AL-QURAN TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN SURUHANNYA
Rata-rata ramai orang bertadarus Al-Quran di musim Ramadhan, Alhamdulillah. Semoga Allah ganjari mereka yang bertadarus itu tetapi adakah kita memahami dan menghayati suruhan-suruhan Al-Quran atau pun sekadar bertadarus dan membaca. Quran berkata 'A' kita mengatakan 'Z'.
3) MENCINTAI NABI TAPI MENGABAIKAN SUNNAHNYA
Kita berselawat ke atas Nabi, sebagai contoh musim Maulidur Rasul. Kita berdiri dan masing-masing berselawat ke atas Nabi. Sedap pula suara kita ketika itu. Tapi sunnahnya adakah kita tegakkan. Ini persoalannya. Bila kita cintai Nabi dengan lidah tapi mengabaikan sunnahnya. Maksud sunnah ialah ajaran yang dibawa nabi. Maka ia mematikan hati.
4) TAKUTKAN MATI TETAPI TIDAK PERSIAPKAN DIRI
Ini perkara popular. Tanyalah kepada sesiapa pun. Ramai orang malah hampir kesemua manusia takutkan mati tetapi apakah persiapan untuk menghadapi mati. Tidak lakukan apa-apa. Yang dilakukan ialah enjoy, berseronok tetapi ibadah khusus tidak dilakukan. Lidah berkata takutkan mati persiapannya tidak ada. Orang seperti ini hatinya mati.
5) MENGETAHUI SYAITAN ITU MUSUH TETAPI GHAIRAH PULA MENGIKUTNYA
Ini pun semua kita faham. Tanyalah kepada sesiapa pun terutama orang Islam, syaitan adalah musuh kita. Kita akan berkata syaitan musuh kita tapi tanpa disedari kita mengikut cakap syaitan. Syaitan berkata jangan solat kita tak solat. Syaitan berkata mengata orang kita mengata orang. Maka syaitan musuh kita tapi sayangnya kita mengikut musuh kita sampai kita mati bertemu dengan Allah. Maka itu mematikan hati.
6) TAKUTKAN NERAKA TAPI MELAKUKAN MAKSIAT
Tanyalah kepada orang Islam adakah mereka takutkan neraka. Sebahagian takutkan neraka tetapi maksiat dibuat selalu. Itu mematikan hati.
7) MAHUKAN SYURGA TAPI TIDAK BERAMAL SOLEH
Kita mahukan balasan yang baik, Jannatul Firdaus tetapi sembahyang, puasanya tidak. Perkara haram sering dilakukan. Itu mematikan hati.
8) KEKURANGAN DIRI SENDIRI DILUPAKAN TETAPI KEKURANGAN ORANG LAIN DIKETENGAHKAN
Maksudnya kita tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri tapi bila melihat kelemahan orang lain kita boleh tulis novel yang panjangnya 200 halaman. Itulah manusia yang hatinya telah mati. Lantas tuan-tuan dan puan-puan, apabila kita asyik melihat kelemahan orang lain, asyik komen tentang orang lain tetapi tidak mahu komen tentang kelemahan diri sendiri itu petanda hati kita telah mati.
Semoga peringatan Ibrahim bin Adham ini menjadi iktibar kepada kita bersama agar insyaallah kita dapat beramal soleh, mendekatkan diri kepada Allah dan yang paling penting kita dapat hidupkan hati kita. Bila hati kita hidup dengan cahaya nur, iman dan takwa, keputusan yang kita buat setiap hari berhubung diri kita, keluarga kita, kerjaya kita dan masalah kita, tepat dan mampu menyelesaikan masalah. Sebaliknya jika hati kita mati dan setiap hari berdepan dengan masalah, kita membuat keputusan dan akhirnya kita menyedari keputusan yang kita buat menyusahkan lagi diri kita sendiri. Sebab kita membuat keputusan dari hati yang mati. Semoga peringatan Ibrahim bin Adham tentang 8 perkara yang mematikan hati dapat sama-sama kita jadikan sebagai panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. insyaAllah.
Mata kita selalu melihat Al Quran, tapi dgn mata ini juga kita selalu melakukan zina mata, Telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tapi dgn telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dgn Kata2 Allah, Mulut ini sentiasa membaca KalamNya, Tapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib org, berbual dgn lelaki pd perkara2 yg tidak perlu, Jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf AlQuran, Tapi dgnnya juga kita selalu SMS dgn lelaki tentang perkara2 yg sia-sia...
*Solat malam adalah warisan bagi org yg menghafal AlQuran.
*Tasmik dgn Guru akan hafalan adalahtanggungjawab kita dgn guru, Murajaah/ulang semula akan apa yg telah dihafal tanggungjawab kita dgnTuhan...
*Sehari kita tinggalkan Al Quran, Seminggu Al Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan AlQuran, Setahun AlQuran meninggalkan kita..
*Walau macamana sibuk kita dgn pelajaran sekolah,Utamakan tanggungjawab kita dgn Al Quran dahulu, Krn apabila kita utamakan Al Quran, Allah akan mengajar kita krn ilmu itu datang dariNya, dan akanm empermudahkan segala urusan kita...
*Sejauh mana kita sudah bersusah payah untuk AlQuran????
*Adakah kita selalu meninggalkan tidur kita semata-mata utk murajaah hafalan kita??
*Sudahkah kita berahklak dgn Akhlak AlQuran sedangkan setiap siang dan mlm kita membacanya??
*Jgn sesekali kita berani ucapkan yg kita ni cintakan Al Quran, sedangkan kita tak sanggup bersusah payah utk Al Quran, perbuatan kita selalu bertentangan dgnnya.
Malulah kita dgn AlQuran terutama lagi dgn Pencipta kita .......
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara.
Sedarlah bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia. Berkata Anas bin Malik r.a. Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia sepuluh perkara:
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak. 2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku. 3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku. 4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku. 5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku. 7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita. 9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku. 10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Today, upon a bus, I saw a girl with golden hair. and wished I was as fair. When suddenly she rose to leave, I saw her hobble down the aisle She had one leg and wore a crutch. But as she passed, a smile. Ya Allah, forgive me when I whine. I have 2 legs, the world is mine. I stopped to buy some candy. The lad who sold it had such charm. I talked with him, he seemed so glad. If I were late, it'd do no harm. And as I left, he said to me, "I thank you, you've been so kind." "It's nice to talk with folks like you. You see," he said, "I'm blind." Ya Allah, forgive me when I whine. I have 2 eyes, the world is mine. Later while walking down the street, I saw a child with eyes of blue. He stood and watched the others play. He did not know what to do. I stopped a moment and then I said, "Why don't you join the others, dear?" He looked ahead without a word. And then I knew, he couldn't hear. Ya Allah, forgive me when I whine. I have 2 ears, the world is mine. With feet to take me where I'd go. With eyes to see the sunset's glow. With ears to hear what I'd know. Ya Allah, forgive me when I whine. I've been blessed indeed, the world is mine
Sabda Rasulullah SAW: Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak. -Riwayat Bukhari dan Muslim.
Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)
Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)
Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka. - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i
Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya secara diam-diam kepada isteri-isteri Nabi saw. tentang amal ibadah beliau. Lalu di antara mereka ada yang mengatakan: Aku tidak akan menikah dengan wanita. Yang lain berkata: Aku tidak akan memakan daging. Dan yang lain lagi mengatakan: Aku tidak akan tidur dengan alas. Mendengar itu, Nabi saw. memuji Allah dan bersabda: Apa yang diinginkan orang-orang yang berkata begini, begini! Padahal aku sendiri salat dan tidur, berpuasa dan berbuka serta menikahi wanita! Barang siapa yang tidak menyukai sunahku, maka ia bukan termasuk golonganku (Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra)
Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani) Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: 'Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasullulah s.a.w bersabda : “Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”. ( Sahih. R.Ahmad )