Photobucket

Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari) "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

Demi Masa
Shoubra & Dimasyq
Waktu Solat

.

Bacaan Quran



Soal Jawab Agama
  • JAIS
  • DARUSSYIFA
  • MUFTI SELANGOR
  • MUFTI PERAK
  • DARUL NU'MAN
  • JAKIM
  • Radio Online
  • Radio Ikim
  • Radio Misg
  • Nur Islam
  • Nasional FM
  • Radio Muzik
  • Time Highway
  • RMKL
  • Radio Selangor
  • Terkini
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Jom Boikot

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Bulan

    CURRENT MOON

    Suhu

    Sheikh Sa'd Al-Ghamidi

    Sheikh Mashari Rashid

    Sheikh Sudais

    Sheikh Ibrahim Syuraim

    Masaharu Aizawa

    My Japanese name is Masaharu Aizawa.
    Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
    Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

    .:MuHaSaBAh DiRi:.
    Friday, February 23, 2007
    Hati perlu digilap selalu untuk terus bersinar. Andaikata tugas ini kita abaikan, hati akan mati. Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara boleh mematikan hati.

    1) MENGETAHUI HAK ALLAH TETAPI TIDAKMENEGAKKAN HAK ITU

    Sebagai contoh kita tahu kita ini hamba Allah. Semua orang Islam tahu kita ini hamba Allah dan sebagai hamba Allah kita ada taklif atau pun kewajipan. Tetapi kewajipan tidak kita tegakkan. Kita hanya berkata saya hamba Allah tetapi berlagak seperti tuan.

    2) MEMBACA AL-QURAN TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN SURUHANNYA

    Rata-rata ramai orang bertadarus Al-Quran di musim Ramadhan, Alhamdulillah. Semoga Allah ganjari mereka yang bertadarus itu tetapi adakah kita memahami dan menghayati suruhan-suruhan Al-Quran atau pun sekadar bertadarus dan membaca. Quran berkata 'A' kita mengatakan 'Z'.

    3) MENCINTAI NABI TAPI MENGABAIKAN SUNNAHNYA

    Kita berselawat ke atas Nabi, sebagai contoh musim Maulidur Rasul. Kita berdiri dan masing-masing berselawat ke atas Nabi. Sedap pula suara kita ketika itu. Tapi sunnahnya adakah kita tegakkan. Ini persoalannya. Bila kita cintai Nabi dengan lidah tapi mengabaikan sunnahnya. Maksud sunnah ialah ajaran yang dibawa nabi. Maka ia mematikan hati.

    4) TAKUTKAN MATI TETAPI TIDAK PERSIAPKAN DIRI

    Ini perkara popular. Tanyalah kepada sesiapa pun. Ramai orang malah hampir kesemua manusia takutkan mati tetapi apakah persiapan untuk menghadapi mati. Tidak lakukan apa-apa. Yang dilakukan ialah enjoy, berseronok tetapi ibadah khusus tidak dilakukan. Lidah berkata takutkan mati persiapannya tidak ada. Orang seperti ini hatinya mati.

    5) MENGETAHUI SYAITAN ITU MUSUH TETAPI GHAIRAH PULA MENGIKUTNYA

    Ini pun semua kita faham. Tanyalah kepada sesiapa pun terutama orang Islam, syaitan adalah musuh kita. Kita akan berkata syaitan musuh kita tapi tanpa disedari kita mengikut cakap syaitan. Syaitan berkata jangan solat kita tak solat. Syaitan berkata mengata orang kita mengata orang. Maka syaitan musuh kita tapi sayangnya kita mengikut musuh kita sampai kita mati bertemu dengan Allah. Maka itu mematikan hati.

    6) TAKUTKAN NERAKA TAPI MELAKUKAN MAKSIAT

    Tanyalah kepada orang Islam adakah mereka takutkan neraka. Sebahagian takutkan neraka tetapi maksiat dibuat selalu. Itu mematikan hati.

    7) MAHUKAN SYURGA TAPI TIDAK BERAMAL SOLEH

    Kita mahukan balasan yang baik, Jannatul Firdaus tetapi sembahyang, puasanya tidak. Perkara haram sering dilakukan. Itu mematikan hati.

    8) KEKURANGAN DIRI SENDIRI DILUPAKAN TETAPI KEKURANGAN ORANG LAIN DIKETENGAHKAN

    Maksudnya kita tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri tapi bila melihat kelemahan orang lain kita boleh tulis novel yang panjangnya 200 halaman. Itulah manusia yang hatinya telah mati. Lantas tuan-tuan dan puan-puan, apabila kita asyik melihat kelemahan orang lain, asyik komen tentang orang lain tetapi tidak mahu komen tentang kelemahan diri sendiri itu petanda hati kita telah mati.

    Semoga peringatan Ibrahim bin Adham ini menjadi iktibar kepada kita bersama agar insyaallah kita dapat beramal soleh, mendekatkan diri kepada Allah dan yang paling penting kita dapat hidupkan hati kita. Bila hati kita hidup dengan cahaya nur, iman dan takwa, keputusan yang kita buat setiap hari berhubung diri kita, keluarga kita, kerjaya kita dan masalah kita, tepat dan mampu menyelesaikan masalah. Sebaliknya jika hati kita mati dan setiap hari berdepan dengan masalah, kita membuat keputusan dan akhirnya kita menyedari keputusan yang kita buat menyusahkan lagi diri kita sendiri. Sebab kita membuat keputusan dari hati yang mati.
    Semoga peringatan Ibrahim bin Adham tentang 8 perkara yang mematikan hati dapat sama-sama kita jadikan sebagai panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. insyaAllah.
    posted by SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN @ 1:49 PM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    + My Heart + Image hosted by Photobucket.com
    Biodata

    Name: SHAHRUL FAIZAL BIN SARMAN
    Malaysia
    Alamat: 20 EL FARMAWY STREET, 11231 DAURAN SHOUBRA, CAIRO, EGYPT. JAMI' QODAM KABIR,DAMASCUS SYRIA e_zal1610@yahoo.com

    Artikel
    Arkib
    Ruangan Blog
    Laman Pilihan
  • DPM Shoubra
  • Harakah
  • PMRAM
  • Tranungkite
  • j-QAF SK Semenyih
  • Berita Harian
  • Utusan
  • Harian Metro
  • Tukaran Wang Asing
  • Nasyeed.com
  • Ukhwah.com
  • Live Goalz
  • Fantasy EPL
  • WebTV PAS
  • Scumz network
  • Online tv radio streaming
  • Nasyid.com
  • Raihan
  • inteam
  • Mirwana
  • Brothers
  • Far-east
  • Rabbani
  • Firdaus
  • Durrani
  • Nowseeheart
  • Saffone
  • Nurirsyad
  • Sahabat Hijjaz
  • Lirik Nasyid
  • Download Nasyid
  • Grapes Nasyid
  • Blog Sahabat
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Links










    Tukaran Matawang


    Unit

    Daripada

    Kepada



    Zikrullah
    Lirik Pilihan

    LAFAZ YANG TERSIMPAN

    Luluh hatiku yang sayu

    Menatap wajahmu tenang dalam lena

    Kasih zahirkan laku

    Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

    Dan raut tuamu membekas jiwaku

    Meredakan rindu mendamaikan kalbu

    Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

    Biarpun kuredah seluruh dunia

    Mencari gantimu

    Betapa sukarnya menyusun bicara

    Meluahkan rasa menuturkan sayang

    Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah

    Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

    Masih kubiarkan waktu

    Melarikan lafaz kasihku padamu

    Mengapakah sukar menyusun bicara

    Meluahkan rasa menuturkan sayang

    Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah

    Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

    Apakah yang hilang andai dilisankan

    Bait penghargaan penuh kejujuran

    Tak mungkin terlihat cinta yang merona

    Jika hanya renungan mata yang bersuara

    Bukan tutur kata

    Tiada lagi ertinya pengucapan

    Andai akhir nafas di hujung helaan

    Sebelum mata rapat terpejam

    Usah biar kehilangan

    Menggantikan lafaz yang tersimpan

    Salam Ukhwah

    Ukhwah.com :: Top Blog

    Usia My Blog

    My Blogspot Masuk Hari Ke


    Anda Pengunjung Ke
    Free Hit Counters
    © .: faizal.com :. .Template by faizal