Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya diantaramu itu ada yang cepat marah dan cepat reda dan di antara kamu ada pula yang cepat marah dan lama reda, maka sebaik-baiknya kamu, yang lambat marah dan cepat reda dan seburuk2 kamu, yang cepat marah dan lama reda” (Hadith Shahih) (Zubdatul Wa’idzin)
Ketahuilah bahawa sesungguhnya sifat dengki, memilki lapan bencana :
1. Merosak ketaatan. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW bermaksud:“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat pendengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan beberapa kebaikan, ibarat api memakan kayu bakar dan rerumput kering” (Hadith Shahih)
2. Menyebabkan (mendorong) berbuat derhaka “Kerana seorang yang pendengki itu tidak akan lepas dari perbuatan menjelek-jelekkan orang lain, berdusta, mencaci dan mengumpat sebagaiman kebiasaan” (Thabrani)“Tentu saja orang2 itu baik, selama mereka itu tidak saling dengki-mendengki”(Dhamrah bin Tsa’labah)
3. Terhalang mendapat syafa’at. Diriwayatkan dari Abdullah bin Basyar, dari Nabi SAW bermaksud: “Tidaklah termasuk golonganku : si pendengki, orang yang mengadu domba, orang yang mempraktikkan ilmu tilik dan saya pun bukan dari golongan mereka”(Hadith Shahih)Baginda kemudian menyambung:“Orang2 yang menyakiti hati orang mukmin lelaki mahupun wanita dengan apa2 yang tidak mereka lakukan, maka dengan sesungguhnya mereka itu telah melakukan kedustaan dan dosa yang nyata.”(Hadith Shahih)
4. Masuk neraka Diriwayatkan dari Ibnu Umardan Anas bin Malik r.a., dari Nabi SAW bermaksud:“Ada enam macam orang yang masuk neraka sebelum dihisab, oleh enam jenis perbuatan. “Siapakah mereka Ya Rasulullah?” Baginda berkata: 1. Para penguasa, kerana tindakan aniaya mereka. 2. Orang Arab disebabkan kefanatikannya 3. Para penjajah, kerana keangkuhannya 4. Para pedagang, kerana perbuatan khianat mereka 5. Orang kampung, kerana kebodohannya 6. Para ulama, disebabkan sifat dengki mereka.
5. Berbuat sesuatau yang akan membahayakan orang lain Oleh sebab itulah Allah Ta’ala telah memerintahkan kita supaya memohon perlindungan-Nyadari kejahatan orang2 yang dengki, sebagaimana pula kita memohon perlindungan dari kejahatan syaitan yang direjam. Allah berfirman dari surah al-Falaq, ayat 5: “Dan dari kejahatan si pendengki apabila dia mendengki” Nabi SAW bersabda:“Mintalah pertolongan atas terlaksananya beberapa keperluan dengan sembunyi2, kerana sesungguhnya tiap2 orang yang mendapat nikmat itu didengki.”
6. Sukar dan susah dihadapi tanpa guna, malah tetap bergelumang dengan dosa dan derhaka. Berkata Ibnus Sammaki: “Saya belum pernah melihat orang yang menganiaya, seperti orang yang dianiayai oleh orang yang berbuat dengki, selain sukar, fikirannya bingung serta selalu susah.”
7. Perasaan hatinya menjadi buta. Sehingga hampir tidak dapat memahami hukum (ketentuan) Allah Ta’ala. Berkata Sufyan : “Janganlah engkau menjadi orang yang pendengki serta cepat membuat kesimpulan.”
8. Terhalang dan rendah. Hampir tidak berjaya dalam cita-citanya, malahan membantu pihak lawan (sehingga dikatakan rendah) Oleh kerana itu telah disebutkan: “ Orang yang pendengki itu tidak akan menjadi majikan kerana dia akan selalu gagal.” (Thaariqatun Muhammadiyyatun)